keinginan.kesepitan.keserbasalahan.

June 22, 2011

antara keinginan sendiri.
kesepitan antara dua pihak
keserbasalahan pada sebelah pihak.

keinginan untuk merebut peluang yang datang tanpa diduga.
menunggu masa untuk digapai seperti bintang di langit.
tetapi.
muncul pula halangan yang tidak nyata di hadapan mata.
halangan yang pasti nya memberi kesakitan pada sebelah pihak.
kesakitan yang sepatutnya tidak ditanggung oleh mereka ini.
apakah wajar mereka merasai nya.?
detik waktu yang sama..
sebelah pihak juga akan turut merasai.
hanya kerana iktikad di dalam hati untuk membantu sebelah pihak yang lain.
tanpa diduga mengheret dirinya kedalam hal seperti ini.
tapi yang pasti.ini juga mengheret diri ini untuk merasa keserbasalahan terhadap dirinya..

apa perlu aku pilih untuk tidak menyakiti sebelah pihak yang mempunyai ikatan darah dengan diri ini.?
atau.
memilih untuk menyedapkan hati sebelah pihak yang bergelar sahabat mungkin.?


Ya Tuhan..
bantu hamba mu ini.
ditelan mati ibu dan ayah.
diluah mati sahabat. 
bersujud meminta pertolongan ketenangan buat diri ini.
ketenangan yang boleh merungkai segala yang terbuku di hati.