July 25, 2011

sakit hati..
tu la perasaan yang ada sekarang ni.
serious..
macam mana x sakit hati la gilee..
kalau dah wall kau kat facebook tu penuh dengan girl tu ape gileee..
then aku im kau buat bodo je.
time tu la nak out wat so ever..
fine..
jgn tny kenapa kalau aku x cari kau lagi.

*sakit hati tu boleh makan diri sendiri kan.

kursus Induksi Jaksa.

July 21, 2011

Kursus Induksi Jaksa Kolej Kediaman UKM.
tempat : Samudera Bidara Resort, Tanjung Bidara,Melaka.
Tarikh: 1-3 Julai 2011


kursus ini diadakan untuk jaksa kolej kediaman.
mesti nak tau jaksa tu ape kan.
jaksa= Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i 
setiap kolej akan ada jaksa masing2 mengikut portfolio yang diberikan.
nak pegang jawatan ni bukan senang.
susah dan memerlukan komitmen yang tinggi.

jadi,sepanjang kursus ini, semua jaksa terlibat.
so,boleh la kenal kenal dgn jaksa jaksa kolej lain kan.
kot kot nak joinventure dgn mereka ke untuk program.
banyak aktiviti menarik.
nak tgk.
jom tgk jadual kitaorg.


ni jadual kitaorg.
biasa la..kalau pergi kursus n kem ke.
mesti ada pembahagian kumpulan kan.
so..pembahagian kumpulan nyer mengikut kertas yang diberi.
dekat kertas tu ada la perkataan dan kita dikehendaki mencari kumpulan mengikut perkataan itu.
akhir sekali..akan ada kumpulan yang dibentuk.
nama kumpulan kami ialah..SERI MENANTI.
sebab ape ye seri menanti.
haaa..sebab perkataan di setiap kertas untuk ahli kump kami ialah tempat.

dalam setiap LDK tu..biasa la.kene icebreaking sume..bincangkan aktiviti berimpak tinggi la.
tapi yang best tentang kem ni.
setiap kumpulan tu ada kewangan sendiri.
so..if ada buat mistake.
comfirm la kene bayarkan.
hahahah..so ahli kumpulan tu beria ia la x nak duit kump tu ditolak 
sebab kena bayar gara gara bendera hilang la,dtg lambat la.mcm2 tau.
sebab fasi sangat gila gila untuk mengenakan kitaorang semua.
hahahah..klakar jugak bila teringat balik.

ini ialah salah satu aktiviti favourite sy.
iaitu..kembara malam.
gabung dua kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yg besar.
dan setiap kumpulan akan dibekalkan dgn duit.
duit itu digunakan untuk beli segala perkakas untuk masak.
untuk beli meggi ,milo dan juga bom.
sebab apa ea perlu semua tu
sebab nyer..setiap kumpulan ada cikgu,assistant cikgu.
kitaorg perlu menjaga cikgu ini dripada diculik.sebab nyer kalau diculik
.kita kene tebus dan duit pon kurang la kan.
then akan ada part kita diserang oleh gerilla yang jahat pada malam tu.
diorang akan baling bom dekat kita dan sape yang kene bom tu kene bayar lagi.
haaisshh..sume berkaitan dgn duit.
then malam tu berlaku la kembara malam tu.
sgt seronok.
oo..lupa nak bgthu..misi kembara malam ni..
kene cari beg bertanda X.
dan sape yang menang akan dikira juara.

kursus ini sgt best..banyak input untuk kami yang baru baru ni untuk tahu mcm2 benda.
dan banyak jugak kwn2 baru kan.
tgk gmbar la untuk tahu apa yang kitaorg lalui.





belog berabuk

.
maaf la sebab lama dah meninggalkan blog ini tanpa update apa2.
bukan x nak update..cuma x bekesempatan.
sebab jadual tersangat la padat..*acececce..mcm org buzy polak bunyi nye.
heheheh
pape pon..
dlm entry selepas selepas ni akan di update kan ape yang membuat kan sy rasa mcm org buzy tu.
tunggu ok.
bye belog.

duhai malam.

July 6, 2011

di kala malam mulai menghilang..
masih membulat sang mata.
tidak menunjukkan kebujuran tanda tanda kelelapan.
untuk menghilangkan segala kepenatan.
jari jari ligat menaip.
apa yang terfikir di kotak minda.
banyak ilham datang menjelma.
membuat entry untuk santapan semua.

*motif entry ni hanyalah untuk mengatakan yang sy ni x boleh tidur.
nak kata terlebih tidur tu tidak.
terkurang lagi mungkin ada.
tpi.kenapa.??
haaaa..insomnia mungkin..

pesanan ayah.

July 1, 2011

tadi masa ayah on d way hantar aku balik ke UKM bangi.
sebab nyer ada kursus yang perlu di ikuti..but then kan.
ayah ada pesan.
tapi pesan tu membuat kan saya nak tergelak.
hahah..sebab apa tau.
ayah pesan.
saya ni dah 20 tahun.
tapi ayah kata kalau boleh ayah tak nak anak ayah kahwin awal.
dia suruh saya enjoy ok.
enjoy bukan buat benda bukan bukan.
tapi enjoy hidup dulu.maksudnyer..merasai kehidupan sebagai orang yang bekerja
*mungkin nanti bila dah kerja.
and ayah cakap.
soal jodoh tu ayah x halang..kau yang boleh fikir sendiri.
tapi satu je ayah minta.
ayah nak bakal suami kau nanti orang yang kuat agama.boleh bimbing.
dan kita kena tahu latar belakang keluarga.
mana la tahu family dia x suke dengan uby ke..*uby tu nama pggilan keluarga.
lagi bagus kalau orang tu anak yatim piatu.
atau pun mualaf.
mat saleh pon ayah x kesah.
itu pesan ayah.
hahahahaha
walaupun agak pelik tapi aku tadi nak tergelak jugak la dengar ayah cakap macam tu.
ayah..
uby belum terfikir sampai macam tu la.sebabnyer masih muda.
ayah jangan risau.kalau betul pon jodoh uby..akan tiba masanya..bukan sekarang.
uby ada impian sebelum melangkah ke alam itu tau.
nak tau.?uby nak beli ayah dan ibu rumah dengan along.
then uby nak hantar ayah dengan ibu pergi umrah atau haji baru la uby fikir kan.
ok.?
jangan risau tau.sayang ayah.