memiliki.dimiliki.

June 23, 2011

keinginan untuk memiliki.

kemahuan untuk dimiliki.

bila tgk orang lain bahagia je memiliki apa yang mereka ada.
berkongsi apa yang mereka ada.

aku pun nak MEMILIKI & DIMILIKI.
haaissshhh..
mungkin belum masa.belum waktu.kan kan.
sampai saat nyer..
pasti juga akan memiliki dan dimiliki.
yeeaahhh.pasti.
ok.merepek.
bye.


ps: entry ni agak meroyan.ni mesti kes stalk org x hbis2..

keinginan.kesepitan.keserbasalahan.

June 22, 2011

antara keinginan sendiri.
kesepitan antara dua pihak
keserbasalahan pada sebelah pihak.

keinginan untuk merebut peluang yang datang tanpa diduga.
menunggu masa untuk digapai seperti bintang di langit.
tetapi.
muncul pula halangan yang tidak nyata di hadapan mata.
halangan yang pasti nya memberi kesakitan pada sebelah pihak.
kesakitan yang sepatutnya tidak ditanggung oleh mereka ini.
apakah wajar mereka merasai nya.?
detik waktu yang sama..
sebelah pihak juga akan turut merasai.
hanya kerana iktikad di dalam hati untuk membantu sebelah pihak yang lain.
tanpa diduga mengheret dirinya kedalam hal seperti ini.
tapi yang pasti.ini juga mengheret diri ini untuk merasa keserbasalahan terhadap dirinya..

apa perlu aku pilih untuk tidak menyakiti sebelah pihak yang mempunyai ikatan darah dengan diri ini.?
atau.
memilih untuk menyedapkan hati sebelah pihak yang bergelar sahabat mungkin.?


Ya Tuhan..
bantu hamba mu ini.
ditelan mati ibu dan ayah.
diluah mati sahabat. 
bersujud meminta pertolongan ketenangan buat diri ini.
ketenangan yang boleh merungkai segala yang terbuku di hati.


cerita lama lama part II

dear blog..
sambungan cerita lama lama..
ok..selepas bermula mencari nama si die..
last last jumpa jugak kan..best giler tau masa tu..
ye laa..kita ni beria ia berdiri kat depan board tu..
then..selepas tu...selalu je usha dia..tapi dari jauh..
ada satu hari tu..kebetulan nyer..
baju kitaorang sama colour..
die pakai bju kemeja kuning..and saya pakai bju kurung kuning..
auuwww...sweet kan..
lepas je nampak tu..pergi kelas sengih sampai telinga mak ni tau..
kalau hari jumaat..for sure die pakai baju melayu..siap sampin lagi..hahahah
rasa mcm nak nikah terus dengan die.
setiap petang...akan ke Astaka...semata nak usha die main Rugby...
giler tuff la die tu..

then..ada satu peristiwa..
gara gara pergi tengok dia main rugby tu kan..
dalam pukul 7 tu..gerak la nak balik bilik..but before tu..akan ke kafe dulu..
KAFE A dekat je la dgn padang tu..dan si dia ni..
for sure akan ke Kafe A tu selepas main rugby.
so..sambil berjalan ke kafe tu..siap borak borak lagi dengan tasha..

aku: " kau rasa kan..si dia tu pergi kafe x lepas ni.?"
tasha: " mestila..beli nasi goreng dia tu kan."

then..tengah nak beli makanan nasi gorang tu kan..beria ia la teman ni nak amik nasi goreng tu..
tasha tu jauh la sikit sebab amik nasi ape tah.
then tengah syok syok mengambil nasi..
tetiba nampak ada tangan dari sebelah..so..pandang la sebelah..
nak tau tangan sapa.?aaaaa....
tangan si dia...wow...tengok dekat dekat ok..selalunyer jauh jauh kan..
perkataan pertama yang keluar dari mulut ialah..."tashaaaaaaaa"
dengan nada yang sangat kuat ok...tasha pon terkejut dan terus datang ke saya la.
saya pulak..kaku..x tau nak buat apa..terus letak balik senduk nasi tu..hahhaha
dalam hati ni..tuhan je yang tahu tau...serious gementar..berdebar debar gitu..
masa tu..muka tu mmg x tahu la nak cakap macam mana..merah kot..
tapi dapat berdiri sebelah dia..aauuww auuwww..gedik...
then ada la cerita cerita yang tersebar yang mengatakan dia tu ramai orang minat.
hahaahha..ramai pesaing la jawabnyer kan..
maklumat tu dari farah la..kalau dah budak kelas farah pun minat si dia tu.
budak satu kuliah pon ada..
haaissshh laaaa...semak semak..hahahaha

masa hari hari terakhir kat matrik tu pulak..budak budak ni dilarang bermain di padang.
ye laa..x nak bagu injured kan..kang patah tgn sebab main rugby ke..x susuah.?kaann..
then masa hari terakhir kat matrik..kire esok nyer semua kene kosong kan..
mereka ni bermain rugby, futsal dan mcm2 mainan la lagi..
so..saya ni pon beria ia ke padang la.
kononnyer nak jalan jalan matrik tuk kali terakhir.
then jalan la..tapi berhenti juga kat astaka tu..sebab nak tgk rugby match..
diorang main rugby yang betul betul punye ok..siap rempuh2..
mata pon apa lagi.melilau la cari si dia..
jumpe..!dia pakai short yang menampak kan kaki yang bermuscle tu.
*nmpak x usha aurat org.?aaisshhh..dosa la..
usha je tau sepanjang perlawanan tu..dan dia sangat lah hebat..bila lari tu laju nyerr....
masa nak habis tu..
farah ada cakap..

farah : "ruby, aku cabar kau pergi bagi air kat si dia."
aku : "x nak la..kau giler ke ape.?"
farah :"kau bagi la air tu..kitaorang pergi beli ea..?"
tasha : " aah..kau cakap..saya minat awak".
farah : "kalau kau buat..serious aku belanja kau we..kita g shopping n tgk wayang."
aku : " x nak..aku malu.."

mereka punyer la beria ia nak pergi beli air 100 plus la..
segala macam air..kononnyer nak suruh bagi kan..
tu memang harapan la..
then diorang ada kata..itu je peluang terakhir kau untuk bagitahu dia..
aku macam berani x berani je nak pegi kan.
last last..x jugak..mungkin sebab kurang keyakinan diri..
dan..mana ada perempuan yang cakap macam tu dengan lelaki.
kalau ada pon..salute giler la dengan minah tu.

dan sekarang ni..si dia tu sudah sambung study..
dekat UMP..waaaa...best la farah..sebab satu U kan..boleh usha untuk aku.
sampai sini je story morry..
so..kalau ada sape sape yang crush denagan orang lain..berterus terang mungkin..ceewwaaahhh..nasihat orang pulak.hahha
ikut la ape korang nak buat.
bye..
end of story.
rabeahkhamis.
pesanan khidmat masyarakat.
1. nak tau x.?saya curi gambar dia dalam fb ok.?
2. masih meminati..kalau ada jodoh x kemana.
3. kalau kita minat kat orang lain..patut x bgthu je.?



BROGA juga akhirnya...

June 18, 2011

Broga berjaya di naiki..
hehehehe...
bermulanya perjalanan pukul 5 pagi tau..
sampai je sana terus start mendaki..
huhhh..

lebih kurang pukul 6 pagi..mula mendaki..

ni pemandangan semasa mendaki...seriously cantik...
angin bertiup kuat n sejuk jugak la kat ats ni..



ni dah sampai puncak dalam 7 pagi..
masa tu..sun x muncul lagi..so
sebelum tu..kitaorang pon bergambar la..

sun dah muncul...
cantik giler time ni
boleh nampak sunrise secara life..:)

tgk sunrise tu..dah terang kan..

kamilah gadis yang berjaya mendaki bukit ni..

so..selepas berehat dan puas tgk sunrise tu..kami pon turun semula..
turun nya sangat mencabar dari mendaki bagi orang seperti saya ye..
sebab kasut x sesuai.hahahaah
patot pakai hiking shoes ok.?
baru la hiking namanye..




so..next plan nak panjat ape plak.?
hahahha...belagok sgt tu..
but its was fun ok..
sape sape yang x panjt lgi tu..
pergilah..
dan akan puas sekiranya anda berjaya sampai atas tu.
tgk sunrise....yeeaayyy..


ps:lpas  nak tgk sunset dekat pantai..itu pon impian jugak ok.







cerita lama lama.

June 8, 2011

dear blog...
hari ni nak buat entry pasal cite lama lama.
korang korang pernah tak ada secrect admire.?
atau pun terminat dekat someone..
heheheh..
maklum la..semua penah rasa kan cinta cintun..ala ala cinte monyet..hahaha
monyet la sgt.
berbalik kepada cerita..
ok..dolu dolu tu memang ada la teradmirer kat someone ni..
bermula nya kisah..
zaman matrik dulu kan..
kisah nyer macam gini...*feeling tau...keluarkan awan awan dari kepala tu.
satu hari tu...dah tension dok dalam kolej kan...so..plan nak balik rumah la..
tapi..maklumlah..kuala pilah tu kan agak pedalaman.
masa tu pulak baru baru masuk matrik.mana je nak pegi kan kat pilah tu..
*serious pilah tu pekan mati bagi aku.
so..tiap tiap minggu tu rasa nak balik.
minggu tu plan nak balik naik bus dari pilah tu..sebabnyer malas nak naik ktm dri seremban..
so...aku n tasha (member matrik) ni pon naik la bus..
beria ia beli tiket bus kan nyer..
last last ternampak tasha ni berborak dengan lelaki yang x kenal pon..
mula mula tu lantak la kan.
then masa naik tu..x berapa perasan sangat mukenyer...*agak agak die tu hensem x.?
naik las bus tu menuju KL.
sampai kat kl.dekat dekat dengan pudu tu.
mmg for sure la kene berpisah dengan tasha..sebab x sehaluan..hahahah
*rumah die kat bandar kinrara...aku ni shah alam la..
then masa turun bus tu..aku turun la dulu kan..disebab kan nak mencari si tasha ticot tu..pandang la belakang...sekali nampak muke mamat tu betul betul straight depan mata..aaauuww auuww.
masa tu x de feeling lagi..so buat bodo je kan..
last2 balik la..
sekembali nya dari rumah tu..
first ayat yang kuar ke mulut 
aku : "tasha,sape mamat yang kau tegur masa kita naik bus tu.?"
tasha : "oooo..tu mus..kawan kem plkn aku..die satu matrik dengan kita..kenapa wei.?"
aku : " x de la...aku balik tu kan...aku terigt muka die kot..kenapa ea.?"
tasha : "hahahahah..kau dah kenapa.?minat die ea.?"
aku : "entah la..nama penuh die sape.?"
tasha : " aku tau mus je.."

lepas dari insiden tu..
aku ni terus ke notice board dekat one stop centre tu kan..
semata nak cari mamat nama mus.
bayangkan dalam matrik tu punyer la ramai lelaki.nak cari nama mus tu mcm mustahil je.
tpi x de yg mustahil wei..selepas disoal selidik..rupa rupanyer..
mus tu satu kuliah dengan farah (sepupu kpd tasha)..
cari punyer cari...dapat nama penuh die..no bilik..praktikum sekali tau.hahahha.
bangga mak ni uollss..
then bermula la part meng"usha" die...hehehhe
nak tau..nantikan next post ok.?
bye.

sakit badan.

June 6, 2011

Dear blog..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

just nak bgthu.
.
.
..
.
rindu si mok.
:-*
bye.

kerana mulut.

June 5, 2011

dear blog..

blog ini biasa nyer dijadikan tempat untuk seseorang yang sangat suka menaip untuk menaip apa yang difikirkan..
apa yang ingin dikongsi..tapi..apa boleh kita berkongsi sesuatu yang dikira privasi..sangat-sangat privasi..
tapi..sekarang ni sangat la HOT dengan cerita panas mengenai seorang gadis..
gadis yang masih muda..hanya berumur 14 tahun..
dalam sekelip mata sahaja dirinya menjadi bualan ramai orang..satu malaysia mungkin..
diantara bloger juga..pastinya akan ada entry mengenai si dia ini.. 
sampai masuk harian metro..
mengenai kisah si gadis berusia 14 tahun..

apa kisah si gadis ini..sebenarnya malas untuk mengulas lebih lanjut..
yang pastinya...si gadis ini bercerita mengenai dirinya yang tiada dara.
sampaikan kisah nya tersebar di harian metro bertarikh 4 JUN 2011.

baca lah sendiri.

yang pastinya.
kerana mulut..badan binasa..sekarang ni..ramai dah jaja cerita ni dimerata tempat..
cuba google..mesti banyak sangat cerita mengenai diri si gadis ini.
kepada si gadis...
fikir2 kanlah masa depan anda..
fikir kan juga mengenai keluarga anda..macam mana mereka mengharungi semua ini.
fikirkan ibu anda..pasti hatinya sangat hancur dengan sikap anda.




x tau tajuk ape yang sesuai.

June 4, 2011

dear blog...
nama entry ni: x tau tajuk ape yang sesuai..
sebabnyer...x sesuai langsung..
kenapa plak x sesuai langsung...?
sebabnyer..x ada yang sesuai.
kenapa x ada yang sesuai?
sebabnyer..x jumpe yang sesuai la.
kenapa x jumpe yang sesuai.?
sebab nyer...si sesuai tu x nak laa...
haaisshh laaa..(*motif sesuai2 tu mak ni x tau uollss)

entry ni bertujuan...
just nak share ape yang terasa di hati.
ape yang terbuku..
ape yang x terluah dalam hati ni.

sejak dua menjak ni kan..
tetibe terfikir...
kenapa perempuan mudah sensitive.?
*sape ada jawapan angkat kaki laa..
ok..sume x nak angkat kan.

orang kata la kan...bukan saya kata tau..
perempuan ni sensitive sebabnyer hati tu lembut..
*diorang tu pernah ke pegang hati tu mcm mana.?
ok.x tau..x de jawapan..

orang lain kata..
perempuan sensitive sebab diorang tu manja...
manja ke.?

orang yang lain kata...
perempuan sensitve sebabnye...
diorang ni mudah tersinggung..

yang mana satu sebenarnyer.?
sape tahu angkat jari.
*jari tau..bukan tangan.

back to story...
fine..saya yang sensitive..
sensitive dengan si mangkuk hayun gemok tu.
jangan tanya kenapa.?
sebab saya pon x tau kenapa saya sensitif ngn awk mok.
tapi yang pasti..
saya rasa awk mcm dah jauh dari saya.
bye.x nak cakap lgi.nnti ber"tengkar"
*paling x suke bile dua2 nak bercakap benda yang merepek

Jom nyanyi.:)

June 3, 2011

ASFAN-TERHENTI DISINI

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


JUNE.

June 1, 2011


i love this june..
because of what..?
this june gonna make me more older.maybe..
this june gonna add 1 in my age.
this june i'm saying goodbye to teen in my age.
this june
i'm starting to countdown weyh..!!yeeehaaa..