someone.

January 19, 2012

someone . 
someone someone . 
someone means you are just someone.
someone who are need by someone else.
when you are with someone else.
just be yourself and not be someone else. 

final

January 9, 2012

dear blog, this post ni akan menceritakan jadual final exam.
final exam untuk semester 1 tahun 2. 
kursus yang diambil. ada 7 untuk this semester..
waaaa..7 weei. #pengsan.
so, let talks about first exam . 
4 JAN 2012 - DTAMS 
12.00 PM , Pembangunan Enjin Gelintar .

10 JAN 2012 - DGemilang
12.00 PM - Pengaturcaraan Web 

11 JAN 2012 - DGemilang
8.30 AM - Pengaturcaraan Berorientasikan Objek 

12 JAN 2012- DGemilang 
12.00 PM - Analisis Dan Rekabentuk Sistem

16 JAN 2012 -DTAMS
3.30 PM - Organisasi Maklumat 

17 JAN 2012 - DTAMS 
3.30 PM - Hubungan Etnik

18 JAN 2012 - DTAMS
12.00 PM - Academic Communication I

haaa..ini jadual saya. sila ah jangan kacau time time ni ok.
#acece bajet macam ramai je org cri.

wish untuk diri sendiri.
Gudluck untuk diri sendiri.
:D
hopefully, this semester akan dapat pointer best best even subject susah nak terkeluar otak.

kesibukan study . kesibukan mencari air.

January 7, 2012

buat pelajar pelajar degree yang tengah final tu. semoga berjaya. 
buat pelajar pelajar UKM, semoga berjaya dengan final exam yang sedang berlangsung. 
dan juga.
semoga berjaya dengan kesibukan mencari air.
yeeee, UKM tak ada air. 
untuk certain certain kolej. ketiadaan air ada yang dah masuk hari ke 5 dan 6. 
untuk kolej aku, hari ni kira seharian. tapi dah rasa perit nya. 
atas tindakan pihak pengurusan ukm, syabas diminta menghantar bekalan air kepada pelajar.
untuk seharian ini juga, atas tindakan pantas pihak kolej.
sanggup call syabas awal awal untuk hantar kan bekalan air.
seperti yang dijanjikan. bekalan sampai jam 530. tapi biasalah bila berjanji, kadang kadang tak ditepati.
jam 630 baru sampai atas sebab sebab tak dapat dielak. 
tak pe..kami tunggu. kami sanggup tunggu.
sampai sampai je, muka excited sebab nak air.
so, sekarang ni, kami hanya berdoa, esok hujan turun selebat lebatnya..
dan ada lah air seperti sedia kala. aminnn..

tunggu lori air sampai 

susun baldi dulu.

sanggup merempat tepi jalan untuk dapatkan air.

yeaayy..lori dah sampai. nampak x ramai beratur. 
muka tekanan x ada air. tekanan nak belajar. 
ibuuu ayahh, nak balik la. =,="


kursus .

January 6, 2012

seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, nak update mengenai kursus yang diikuti time cuti cristmas kan.
ok..mari kite bercerita ape yang berlaku.
Kursus Induksi Kelab Aspirasi 
Kolej Dato' Onn, UKM
bertempat di...
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
Port Dickson , Negeri Sembilan.
kursus bermula dari 23-25 Dis 2011

bertolak dari sini pukul 3 petang.. naik bas beramai ramai..x de la ramai mana pon..ada dalam 40 orang peserta keseluruhan..

muke dah bosan dalam bas. nak tido pon perjalanan sekejap je. so bergambar la dulu sebelum pergi tu.

sampai disana, kami check in dalam bilik yang diberi. sebenarnye bukan lah bilik. lebih kepada dorm. which means dalam dorm tu boleh la untuk letak 10 orang. 
sampai je, kemas kemas katil, pasang cadar dan lepak lepak kejap sebelum turun makan di dewan makan.
selepas makan, bersiap siap untuk maghrib berjemaah di surau dan ke majlis perasmian untuk kursus ini..


this is me. :D


selesai majlis perasmian, kami pon bermain la untuk LDK 1.
dalam LDK ni, kitaorg main angin bertiup..serious kelakar giler. gelak gelak sampai x ada suara dah..
masa ni semua terlibat lagi..tapi makin lama makin sikit sebab ada yang terkeluar.
ni la jadinya bila makin lama makin sikit. 
ok, itu saya. 

selepas ber"LDK" ni, kitaorg pun balik la ke bilik untuk esok hari pulak.

keesokkan harinya, pagi ada 3 slot ceramah. selepas slot ceramah tu, LDK 2 & 3.
LDK 2: ialah pembahagian siapa yang akan berdebat menjadi wakil rakyat ..dan diorang kene cari points untuk debat diorang. nasib lah nama x dipanggil nok..
tapi tergolong pulak dalam group pidato. kene berpidato selama lebih kurang 2-3 minit. 
tapi nasib baik jugak. x kene panggil...ffuuhhhh..lega.:D

selepas tu, kitaorang bersedia untuk aktiviti outdoor pulak.
 kali ni kitaorang ada aktiviti abseiling dan flying fox..
sebelum tu kene lah dengar sedikit taklimat kan. ye laa..kene lah taklimat mcm mana nak pakai.
keselamatan dan sebagainya.
mula dengan aktiviti abseilling dan seterusnya flyingfox. 
ok. ni tinggi ye..

muke excited. padahal dalam hati takuttt.. 


lepas ber"flyingfox" dan ber"abseilling" ni, 
satu lagi aktiviti nye ialah..
kayak darat. 
sape yang dah tahu tu bagus. buat yang x tahu ape tu kayak darat. meh nak cite..
kayak darat tu maksudnyer..berkayak kat atas jalan tar. 
bayangkan kayak yang mana ada roda, then nak gerakkan die. macam mana tu.
mula mula, setiap kumpulan diberi kayak, tali, sarung tangan, 3 kayu ..
lepas tu, tali ditegang dari hujung ke hujung..lepas tu , setiap ahli kumpulan akan naik. satu persatu.
dan dengan menggunakan kayu, kat bawah kayak tu, then tarik kayak guna tali. 
jangan bagi kayak cecah jalan tar. kalau x kene patah balik untuk buat. 
aktiviti ni melibatkan kerjasama kumpulan. dan strategi macam mana nak gerakkan kayak dan juga tangan kene kuat weii.. ye laaa, nak tarik kayak untuk bergerak kan. 
masa aktiviti ni dijalankan, tengah hujan ok. kitaorang semua berhujan untuk buat benda alah ni. sabar je la.
lepas habis aktiviti, semua orang kene junjung kayak masing-masing. setiap ahli kumpulan kene pegang kayak tu. dan berlari-lari sambil menjungjung kayak. ok, ini dah macam askar kene rekrut..
masa tu la tengok, ada yang jatuh, yang tangan terkepit bagai.
lepas tu, balik, mandi mandi, get ready untuk malam pulak. 
debat warung kak kiah..
macam-macam isu didebat kan..
benda ni best sebab kite kene tahu isu semasa termasuk lah isu paling hangat - isu mahasiswa dan AUKU. 
lepas debat tu, kitaorang akan buat night walk. 
masa night walk tu memang best..
dan night walk kali ni x terlalu mencabar sangat la. kalau nak dibandingkan dengan night walk masa BTN BESUT dulu. sebab jurulatih menjaga kitaorang dan hutan yang kitaorang masuk tu pun x terlalu curam. cuma licin dan tanah lembab la sebab hujan kan. dalam hutan tu, boleh main lagi permainan cari daun. kene cari daun yang sama macam jurulatih. nampak sangat la kan. sape yang tak dapat cari akan didenda..
dan mulalah berjalan dengan mata ditutup dengan kain. masa tu, serious membebel sebab nak tny ada apa2 ke kat depan ni. tu la ini laa..
lepas tu. ada single walk. means kami dilepaskan sorang sorang untuk berjalan didalam hutan itu tanpa menggunakan sebarang lampu. sepanjang perjalanan tu, ada jurulatih tapi mereka akan duduk senyap senyap. sekira nya kita memerlukan petunjuk jalan, kene lah cakap apa password nye kan. 
selepas itu, kami disuruh untuk merangkak di atas jalan tar. serious terasa badan tersagat sagat. 
dah merangkak, guling guling atas jalan tar.  berkawad dengan kain pelekat dan kain batik.dengan keadaan hujan renyai renyai. masa tu semua dah longlai sebab penat dari ptg..tpi jurulatih serious kelakar dan sporting habis.sampai lah ke akademi dalam kol 3 pagi, lepas tu tidur..

untuk aktiviti terakhir sebelum habis.
paling best dan excited..kayak..yeeaaayyy
kali ni kayak betul betul..kayak di laut..
bermula macam biasalah..sesi taklimat pasal cara-cara..
lepas tu, semua kene amik lifejacket. then masuk laut untuk water confident. 
ok, jujur, saya fobia air sikit. kalau dah dalam la..sebab penah hampir hampir nak lemas dan saya dah banyak kali belajar berenang tapi still takut. 
masuk masuk tu agak takut..tpi ada life jacket..ok laa. kami diajar macam mana nak selamat kan diri if kayak terbalik, or terjatuh sume tu..kene lah berenang kan. 
lepas tu, mula lah berkayak..first rufting kat tgh laut. kami diajar pulak macam mana nak buat pertukaran partner kat tgh2 laut tu..berjalanlah atas kayak tpi kat tgh2 laut kan. selepas tu, ke second rufting pulak. ditengah tengah laut jugak. dan yang terakhir sekali ialah lumba balik ke pantai. 
masa berkayak ni, kekuatan tangan sangatlah penting. 
serious lepas naik tu, badan dan tangan rasa nak patah. sebab sakit giler. nasib baik la x mengalamai mabuk laut ke ape kan. selepas berkayak, stretching dengan menggunakan pendayung tu. dan kami disuruh untuk membersihkan balik segala kayak, life jacket dari pasir..kerjasama itu penting time ni. 
lepas tu rehat makan pagi..first time kene paksa makan oleh jurulatih. semua ok..diorang akan angkut makanan dan letak dalam pinggan kalau nampak dah tingggal sikit.. paling best bila jurulatih tu cakap.
"makan sampai licin, kau jangan sorok sorok pinggan . ni je nak tengok kau makan depan kitaorang ..lepas ni nak balik dah " sporting giler jurulatih .
lepas tu ingat kan dah habis la. rupanye belum. semua kene turun laut balik. 
ohhmyyyy, baju dgn kasut dah x de pasir2 sume..
sampai je dipantai, kitaorang kene kawad sampailah masuk ke laut. 
lepas tu meniarap dalam air. yang nampak hanya kepala. cuba bayangkan laut time tu air nyer dan surut. dan laut tu berlumpur sebab dekat dengan bakau. so, masa meniarap tu, baju akan kene lumpur la. 
dan kami disuruh merangkak naik dari dalam laut ke pantai. sampai je dipantai, kami disuruh untuk guling guling di atas pasir. ini dinamakan aktivitit penyu ..habis satu badan berpasir. dan balik la ke akademi. 
dan diberi satu jam untuk siap berkemas, checkout dari bilik. ok, cukup ke masa kan. haaaa, amik kau. menggelabah. 
petang tu, biasalah, majlis penutup dan balik ke kolej.
sebelum balik. bergambar. 
nampak tak jurulatih saya yang sorang tu..die je mengahadap kamera. 
*bertopi dan berbaju hijau. en.syah..ish ish ish


ok. cuba mengenakan orang belakang tu dengan mengangkat hamper. yyeeaahh, rock jurulatih tu.
en. wet dekat bawah muke pelik.
*en wei yang tgh duduk dan pakai tualakey dikepala. 

*seriously berharap en syah akan jadi jurulatih untuk pendakian ke kinabalu. imaaa,please lah dapatkan die.
comfirm seronok kalau die jurulatih. 

sampai je kolej, apa lagi kan yang boleh dibuat sebab dah penat giler. tidur..esok tu satu badan sakit. 
sengal sengal, luka luka, muka sunburn dan sebagainya..
tpi aktiviti untuk kursus ni sangat lah menarik.
lepas ni study week. final exam dan berprogram lagi di Kuala Krau , Pahang. yeeaaayyy.!