ape jadi dengan cuti christmas .

December 25, 2011

cuti cristmas selalu mesti lepaking dengan family.
ataupun berjimba-jimba tengok wayang. ataupun 
berdating dengan boifrend.
tpi untuk weekend ni, 
saya mengikuti kursus..
kursus yang happening..
best dan fun..
kire kursus yang me"release" tension sebab dah start study week kan. 
baru je sampai dan terus meng"update" blog sekejap.
so, nak tau ape yang jadi time kursus tu..segala details program akan diceritakan 
after tidur ye.
x larat..badan ber"muscle"..yaaawwwww..!!
okbye. 
see next post. :D

tiada noktah.

December 20, 2011


the days..
you be my side eventhough it's 3 o'clock in the morning.
the day i force you not going to sleep.
and you make an effort to write a notes.
just a notes.
to show me how's BURUK your writing..
behind all thoose things.
you make a simple notes.
simple notes for myself.
just to cheer me up.
just to give me the strength for the test tomorrow morning. 
thanks so much.
i'm appreciate it.
this is why.
my heart beats for you.
my heart fall for you.
i think i'm falling for you.


perempuan . kereta dan mekanik.

December 15, 2011

perempuan . kereta . mekanik .
jom main buat ayat dari 3 word ini.

for sure ayat yang akan keluar :
- perempuan reti bawa kereta tapi x reti jadi mekanik untuk kereta sendiri.

- perempuan, kalau keretanya rosak , comfirm panggil abg mekanik untuk betulkan.

*sape setuju silalah angguk dengan cepat. bukan mengutuk kaum sendiri tapi itu kenyataan ok.!

back to story. perempuan ni memang la dah ramai yang reti nak bawa kereta. katanya makin berani la kan. tapi kalau bab mekanik memang comfirm 110% Fail. 
ye la. kadang-kadang nak isi minyak kereta pun suruh ayah, x pun suami kan..
kantoii..hahaahha
kalau suruh pam tayar pon belum tentu lepas tau. 
inikan bab bab enjin. ataupun battery kereta..tukar tayar..
yang senang pon x lepas ni kan pulak yang susah. 
yang senang untuk mereka ialah panggil abang mekanik.
kalau yang muda ni. boleh la ngorat ngorat mamat tepi jalan untuk mintk bantuan. kalau dah kahwin, alamatnyer call suami la untuk tolong. dan anda akan dapat leteran percuma dari suami.hahahaha..

nak dijadikan cerita la. 
tadi masa ke mapley untuk melantak selepas habis ber"meeting"
si tuan punye kereta ni terlupa la nak tutup lampu keretaa.
so, kalau x tutup lampu comfirm la battery kereta yang akan effect kan.
bila habis makan tu barulah perasan. sume yang ada masa tu gegirl je.
*sebenarnya ada la laki nye. tapi laki yg zero pasal enjin2 kereta.
 sama spesies perempuan yg tahu drive kereta je.
last2, si tuan punyer kereta tu call la abg sambil buat suara bodek.
si abg pon datang la. muke dah mcm nak marah.
sekali terdengar.
"kenapa x tutup lampu kereta.?" dengan nada yang tegas. 
OK. cuak jugak time tu. kang abg ni tetibe mrh2 pulak. risau masa depan.
last2 kitaorg pon mengguna kan JUMPER..
ape benda lah jumper tu kan. rupa rupanyee

ni haaaa...

*baru tahu nama benda alah tu jumper ok. kalau x kitaorg panggil ketip ketip batery. 
mampu.? silalah gelak,.. nama je pelajar Universiti..tpi panggil mcm budak2.
punyerlah lama jumper tu kan. still x hidup lagi enjin nyer.
so, kami pon decide la untuk balik dengan si abg tu hantar ke kolej.
si abg tu sangat la cool. aauwww auuwww..
*sila lah behave cik kak oii..gatal.hahahahaah

esok pagi baru settlekan kereta yang tersadai di tempat makan tu. 
sebab si cik tuan punye kereta katanya akan meminta big boss settle kan.
cube teka sape big boss.?
haaaa...mestilah ayah nyer.
itulah kalau jadi perempuan..
yang jadi mangsa kalau bab2 kereta mestilah ayah, abang, suami, atau pun boifrendd.
jadi pesanan khidmat masyarakat:
kepada sesiapa yang bergelar lelaki x kira anda ayah, abang, boifrend kepada manusia bergelar perempuan
silalah cukupkan ilmu didada bab2 kereta kerana anda pasti dan sudah semestinya menjadi mangsa bagi kami kaum perempuan sekiranya KERETA ROSAK. !
gegegegegegege.

menghilang.

menghilang untuk masa yang agak lama. 
maaf la blog tersayang. masa sangatlah mencemburui kita.
idea untuk blogging ada..tapi masa untuk menaip setiap idea tu yang x ada.
kan bagus kalau apa yang kita cakap dah tertaip dalam blog.
oooo..mungkin kene buat software yang advanced untuk jadi sebegitu.
after this. saya akan curi curi masa yang x berapa boleh untuk dicuri. 
supaya blog tidak dibiarkan begitu lama terbiar macam padang terbiar yang terbiar x diurus. 

assgnment + project = belambak giles.

November 18, 2011

dear blog.
nak tahu.?kenapa i selalu mengeluh.?
kenapa i selalu cakap yang i ada project dan assignment yang melambak lambak.
walaupun ramai yang kata "kau igt kau sorang je ada assgnment dgn project?"
ok, hari ini, saya nak taip segala jebon jebon project yang perlu dibuat.
sila bukak mata luas-luas seluas yang boleh.
sebesar yang boleh. x pon korek je mata tu letak betul betul depan lappy.
ok. let's start.

untuk subject ringan ringan..*subject bukan major.
1. ACADEMIC COMMUNICATION (accom)
project which means kene buat research and comparekan tajuk yang kita pilih. then write essays sepanjang 3 and 1/2 or 4 pages yang panjang tu..haaaa laaahaa.
2. HUBUNGAN ETNIK (etnik)
kene buat kajian mengenai media massa-mampu mengeratkan hubungan sesama etnik lain ataupun x.?
kene buat soal selidik, then analisis, lepas tu buat report dan juga kene present. oohhh laaahaaaa.
3. ORGANISASI MAKLUMAT (om)
kene buat assgnment setiap minggu mest ada. mustahil x kan ada. dan ada project untuk final. dan juga midsem yang akan ada jugakk..errrr...
4. SISTEM ANALISIS DAN DESIGN.
subjek yang major. dan susah nak mati...errr +_____+
subjek ni kene buat learning contract sendiri. dan kene belajar fully sendiri, maknenyer lecturer x masuk sgt kelas.lepas tu, kau sendiri kene tentukan macam mana nak belajar, nak baca ke. nak bersyair ke. lantak kau.
dan jugaakk..setiap minggu ada online quiz di internet..kalau tenet lembab or x de, matilah kau x buat kuiz. 
ada project jugak. dan project yang kau kene design sistem sendiri. haaaa..amik kau..susah nokkk..
buat sistem sampai botak la kepala. korg senang je guna sistem macam atm tu kan, x pon mcm sistem spin atau smpweb kat ukm tu. x pon portal pelajar macam uitm atau ape ape U la, tapi, kitaorg yg belajar ni yg nak pengsan sebab belajar benda tu sume sampai la mcm mana korang boleh guna sistem tu. 

ini contoh context diagram level 0.

5. JAVA PROGRAMMING(java)
subject major jugak ni..susah tu x payah cakap la. tiap tiap minggu akan ada lab sesion 2 jam,so,maknenyer setiap minggu ada lab assignment yang korang kene buat coding bahasa x faham tu kan.  kuliah 3 jam tu kene dengar lecture dan kadang2 die suruh buat quiz mengejut. terkejut kejut la kau jawab kuiz tu. lepas tu, akan ada assignment coding die tu. dan ada project. project pulak kau kene buat simple program. mcm yang kau masuk masuk nak log in facebook atau pun ape ape la. haa...coding la sampai nak terkeluar isi perut sume tu.
kitaorg nak buat games punyer program sebab kitaorg seolah olah kene market kan ape program yg dh dibuat tu.

ini pulak coding bahasa x faham.

6. WEB PROGRAMMING (webpro)
untuk subject ni, kau kene dengar lecture 2 jam..yang seriously x masuk otak satu ape pon. ye la, ke;as hari isnin pukul 4-6 petang..tau x tu time peak hour untuk tidor ok. ni pegi buat kelas, mmg berjimba la aku dalam kelas tersengguk sengguk. kadang2 siap buat list lagi, minggu lepas datang, minggu depan x dtg..mcm tu la..masuk lab pulak, lecturer kau dekat depan, sekali kau toleh pandang tempat lain 1 second, kau akan tertinggal dari a smpai z..giler laju lecturer tu. dan dlm kelas ni, semua org akan bisu semula jadi sebab lecturer lelaki dan agak muda..haahhaahha..*bukan i ok..org lain.
termasuk dengan project, kau kene buat satu web untuk project tu. lagi lagi dapat bala. sebab cabut undi, dan dapat kertas undi yang dilipat sendiri..mmg haram jadah la.kene jadi KETUAAA...errr..dalam kuliah tidur.terus kene jadi ketua..alahaaaiii.
ini contoh web site. 
.

7. SEARCH ENGINE.(SE)
ni, masuk kelas seronok, masuk lab seronok sebab belajar mcm mana google tu boleh list data based on ape.? tpi x best bile satu minggu tu kau ada 2 assgnment yg kene hantar untuk subjek ni. dalam masa sebelah sebelah iaitu haru isnin dan selasa.. ada project jugak. kene buat interface, simple one mcm google tu..
tu x SIMPLE langsung ok. 

ni gambaran diri sendiri.



ps: *dear badan, silalah kuat untuk face benda ni semua.
     ** sape kata jadi student senang.?susah tauu x.



crush part II

November 16, 2011

hati crush balik.
balik balik crush.
bengang dengan hati sendiri.
kan dah kata jangan crush.
sekarang, rasa lah sakit hati ni.


memerlukan ibu.

November 1, 2011

sangat sangat memerlukan ibu.
ibu..
uby sangat memerlukan ibu sekrang ni..
down giler2..
rasa nak duduk dengan ibu..
bagitahu semuanyerr.
nak peluk ibu..
nak ibu cium..
sebab tu je yg dapat kurangkan stress dan down yang uby rasa..
:'(
menangis untuk hilangkan beban.



graduation days for sis.

October 31, 2011


ok..at last..my sis dah finished pon study..
she's taking diploma in office management. 
so..congratt to herr..
so, for last saturday, we all satu family are going to UITM kampus Shah alam..
nasib dekat dengan rumahh nokk..
so, heading to there at 1130 am and the traficc dalam tu mmg sesak nak mampos la..
jauh giloss parking keretaa..OMG..
but its fun cos Ibu dan Ayah dapat tengok along grad..
that was the MOST BEAUTIFUL PRESENT for them. that one from my sis ok..
from me maybe need to wait for one and half year. oooo.chaiyok chayokk.

for IBU & AYAH..
ini ialah hasil titik peluh ayahanda dan bonda.
membesarkan along.
ini juga buat pengorbanan dari ayahanda dan bonda.
siang dan malam.
mungkin ini tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan pengorbanan
Bonda dan ayahanda.
ini hadiah ikhlas dari anakanda mu.
NOORSHAMMIRA KHAMIS.

so, at last, i'm just showing some picture to share with you all..

before masuk dewan.

yang masuk hanya ibu dan ayahh..
*ni bukan gmbr hari kejadian..ibu dgn ayah ke sana ke mari smpai x sempat nk amik gmbr.


smbil menunggu nuggu berjam jam..
kami pon bergambar la.

saya berbaju kurung smbil bertocang..hehehe

izzah seronok dengan bunga bunga.

ni la hadiah dri kami...
yg kiri sekali dari adikk..*padahal duit dri ibu..hahaha
tengah tengah dari ibu dan ayah..ada teddy topi convo..
yg kanan sekali dri saya..heheheheh

dah hampir 4-5 jam menungu..taraaa..keluar pon..

jom tgk muke penat my sis..hahaha..

haa..penat tpi gumbira sebab dapat sekali tigaa.
amik kau..aritu nk sgt kan..

and last sekali..
dak izzah berangan nak pakai jubah convo mcm kakak nyer..

lagi 5 tahun baru habis sekolah menengah ye adikk..lepas tu
kene masuk untuk 3 tahun if amik diploma..
baru lah berangan nak jadi mcm ni ok.?
masa tu, angah dah 28 tahun...OMG tuanyerr..hahaha..
*ke kau yg lambat.?kau lambat kan..bukan angah tua kan.hakahakak


ps: *bila lah turn sy pulak nk pakai jubah cm gini.?
** ada sorang aunty ni igt si addik ni kakak..dan si kakak ni ialah si adik..sukenyerr..:D
i'm the little one ok.
***berangan nk tgk muke pakai baju konvo..#silajangangelak.

nampak saya gemokkk..kan kan kan.?
angguk cepat..hahahah







-,-"

October 25, 2011

x perlu kot nak hempas hempas barang.!!
heran sangat la aku kau nak terasa ke ape.? 
damn.!

mood nak shoopingg...

October 23, 2011

dearr blog.
masa tengah menaip entry ni, mood nak bershopping tu melampau lampau tau.
meluap luap pon iye jugak.
excited bagai sume adaa.
serious nak shoppinggg.:'(
agak-agak ada x yang sudi nak belanjee..
pleasseeee..
*mata kelip kelip..smbil buat muke comel..
comel ok..*sila muntah..egegegeg
ok, macam mana mood ni boleh beria ia..
sebab nyerr.. si Harnina Razali la ni..
ada ke patut kol 3 - 4 pagi pergi usha blog jual baju online.
memang meleleh air liur la sebelum tidur tu.
*sila lap air liur dulu..ssslluurrrpppp..
hahahhaahha
nak tahu ape yang diusha.. 
alaaaa..x payah tau la..nnti kantoi la kan..
tpi ni ada senarai list baju bajan yang nak dibeli..

yg ni comelll giloss weeiii..
dot dot and warne pinkkkk...
alahai hati..sabar ye.

yg ni cantek sebab warne nyer susah didapati.
alahai otak..sila jangan mimpi baju ni.



ni ponn dot dott..
alahai mata, jangan asyik tgk baju ni ke laaa..


ni strip strip..warne nye cantik.
tangan baju ni macam baju kemeja wa derr..
alahai ibu, silalah faham anak mu ni...nak ni..!!


ni paling cantik..sebab warne die..
cantik kan..*angguk cepat.!!
nak ni nak ni nak ni nak ni..*sambil hentak kaki.:D

perrggghhh,,,ni la yang paling di cari..
jumper suit...susah gile wei nak carrii..
nak SEBIJIK SEJEBON MCM NI...cantik gileee..
arrrghhhh..stress dgn hati sendiri..hahaha

so, siapa rasa diri die PEMURAHHH NAK MATI..
sila inbox saya supaya saya BOLEH SAYANG GILE GILOS dengan awak..
bubyee..
<3 NRK.


surprise birthday party.

October 21, 2011

dear lovely blog. 
hari ni terasa nak menaip pasaallll..
hurm..tgk tajuk entry tu la kan..
surprise birthday party...tadaaaaaa..!!
ok..walaupun birthday i dah jadi belated birthday, but they are still celebrating.
for the first tu seriously x tahu..
but they are saying that 
laparrrr..jom pergi makan..
then sampai la di MCD , bangii..
masa nak masuk tu nampak la 3 orang mamat yang sangat dikenali..
kenapa mereka kat sini.?? *tertny2 dalam hati..
so ajak la makan skali..sebab kitaorg sekolej kan.
then, masuk dalam dah nampak akif and all the kotak2 MCD ..

dan datang la the cakes

Happy Birthday Bee Lee <3 

i love the cake because its full with chocolate..<3
then one of them are giving us present..
a simple present..
tadaaaa...
lee with the guitar keychain..
me with the chocolate from NZ..<3

but then we are makan makan then gelak gelak macam org gilaa..
hehehehh...
so, i really enjoy it.
lastly, before finished posting this entry, i want make some note for them

dear my lovely friendss,
MYA ILYANA, AZZAH, EJA, LEE, AKIF..
dear my lovely lovely atoxs..
MIERA HAMIE..
dear my becoming lovely friend,
MUS, KHAIRYL.
thanks for the surprise party..i never thought that you are still celebrating that.
because, its have been belated for 4 monthh..
maybe that time we are not able to celebrated it because of semester break.
but i really appreciate it..
thanks guy for the Cake's that mention my name 
BEE LEE ..
its sound sweet..
thanks for all the MCD ,
to LEE,
Heppy Birthday..
thanks guys..big hug for them.<3

soo..let's look at the pic.
Potong the Cakes sama sama.:)

                                         
\
Sesi menyuap..*muke terpaksa..hahahah

all of them. <3

monkey pose. :-*

the PRINCE  : LEE
the PRINCESS : BEE



love from me
NRK.<3




time table yg penuh nak mam...

October 19, 2011

dear blog...
dalam banyak banyak hari..
hari ape yg paling x best..
haaa.nak tau.?
hari isnin la..moanday..you know why..
i'm hating this day because of my timetable yang pack nak mampos.
seriously pack n i dont have any time to get rest..
lets take a look at my time table.

                         monday : 9-10 am     Pembangunan Enjin
                                                          Gelintar.  
                                       11-12 pm   Organisasi Maklumat
                                       1-2 pm       Time for rushinnggggg to
                                                          go to FSSK.!!!grrrrrr.
                                       2-4 pm       Academic
                                                         Communication I
                                       4-6 pm       Pengaturcaraan Web..

ok.nampak x.?
this time table sgt la pack..
seriouslyy..so, FYI, 
every monday, i akan rasa MACAM NAK NANGIS bila balik dri kelas.
tlg lah faham..

crush.

October 18, 2011

crush. 
yes, i do crush on you even for the first time.
day by day..
it turn fall in love..
but now..
i need to stop it because..
you are belong to someone else.
which means she need you more than myself.



ps: dear heart, maybe you are not belong to someone else right now. so please be strong.

alahai.

September 18, 2011

alahai. lama nyer blog ni dibiarkan berabuk..
fffuuhhh fuuhhh..
pergi pergi itu habuk.
lepas ni. blog ni x kan dibiarkan berabuk lagi..
ini bukan janji manis tau.
InsyaAllah akan ditunaikan..

nak tgk muka yang terbaru.?
dengan rambut pendek.=,="
mcm rempit yo rambut mak ni nok..tgk tau..
tpi jangan gelak.:)

YOU.

August 10, 2011

BENGANG TAHAP GERILA DENGAN KAU LA MINAH..BITCH.

kolej dan sahur.

August 8, 2011

minggu ni..masuk minggu kedua kita semua berpuasa.
dan minggu kedua ni jugak lah..we all semua kena baik ke kolej.
atas tugas yang di amanahkan.
so..saya dg rela hati balik ke kolej.

jadi..sepanjang minggu lepas puasa..
sahur biasa nyer ibu yang sedia kan.
bangun untuk makan..then tolong kemas sikit..dan tidur balik..
tapi minggu ni..kene bangun sahur sendiri..aduh..=,="
bukan takat kena bangun sahur sendiri je..kene buat makanan sendiri jugak.
cuba bayang kan..sekarangkan cuti semester bagi student deg.
so..kat kolej ni..kafe pon tutup la sebab x de student kan..
bile kafe tu tutup..ape je makanan yang ada untuk sahur.??
nak masak.?mana ada stove..water heater tu ada la..
jadi..sepanjang seminggu ni..saya akan bergelar survivor..
sebabnyer..makanan sahur tu memang kene redha je la kan..makan je ape yang ada..
kalau x larat tu kene larat kan jugak..
mai tgk ape je yang saya prepared.
taraaaa....

milo fuze:sebab saya penggemar milo..sorry..wa x layan nescafe der..
maggi curry: fav maggi la..kalau yang lain tu layan jugak la..tpi bukan MAGGI ITIK.
nestum: ooo..nestum tu akan dimakan bersama susu tu..serious sedap..i loike.:)
roti gardenia yang expired date telah dipilih..means pilih yang lambat sikit la..sebab seorang je makan kan.
makan roti bersama Peanut butter with chocolate coated rice crisp..tu pon sedap jugak..
ini je stock yang ada..tpi esk nak tambah stock lagi la..
chocolate black forest,
air chocolate,
roti chocolate..
dan semua yang berasaskan chocolate.

kursus fasilitator.Biro tata negara.

August 7, 2011

lamenyer entry ni terbiar dalam draft..
ni dah tekan button publish.:)
sorry guys.

ok.berbalik ke tajuk kepada entry ni..
lepas ikut kursus jaksa di melaka tu..
badan ni hanya bercuti selama 3 hari sahaja.
selepas tu..dikehendaki ikut program ni..
Program Transformasi Biro Tata Negara.
bertempat di Bachok, Kelantan & Besut, Terengganu..
selama 6 hari.
 ni fail yang semua peserta dapat.

ni time table.sbnrnyer kat time table tu ada la benda yang i mencarut carut or merungut.


banyak gile aktiviti yang kitaorg buat..tapi mcm biasa la..
akan ada taklimat n LDK.
which means kita akan dapat new friend..
even kami ni satu U..tpi masing masing x pnh kenal before this kan.
then for your info..
saya sangat la kasihan kerana berpisah dgn kawan2 yang satu geng.
mereka di Besut but i was in Bachok.:(
ohh sadd..but i'm trying to make a friend with others.:)

hari terakhir tu..kitaorg buat aktiviti lasak jugak la.
nak tahu ape.?namanyer kembara malam.
so..malam tu,kami dari bachok bergerak ke besut.
a bit late sebab aktiviti before tu makan masa.
so sampai besut dalam area pukul 1 pagi..sampai sampai je..
kem besut A & B dah get ready..
so, kami berjalan kaki ke bukit kluang,Besut, Terengganu.
berjallan kaki tu jauh jugak..aduhhh..kaki dah rasa panas nak cramp..
then sampai la di bukit kluang dalam pukul 3 pagi..wow..pagi kan.
so, kem masing masing mula kan la dgn aktiviti kembara malam.
dimulai dgn kem C iaitu kem bachok la.
naik punye naik..last2 rupenye kitaorg tersalah jalan..sebab jalan tu sgt curam n licin.
dah la x de tali nak berpaut..haaiisshh la.
then nak patah balik tu sangat la amik masa.
ada la dalam sejam lebih.
bila dah sampai turn patah balik tu.bila dah jumpe jalan yang betul.
kami ni dilepaskan seorang seorang.
saya repeat..seorang seorang.
so..saya ni punye lah gagah berani..berjalan seorang diri..adoi jugak tu.
jalan hanya memegang seutas tali..*seutas ea.?lupa simpulan bahasa.
then bila dah jalan tu..ape lagi la kan..
cuak nyer x payah cakap la..
dalam hutan pukul 4 pagi babe.sorang sorang pulak tu.sape je yang x takut.
jalan dengan sangat laju.sampai la.
saya rasa saya langgar ranting pokok.nasib x tercucuk dekat mata..dia dah sipi sipi nak kena tu.
haaisshhh..nasib baik.
akhirnya bertembung dgn orang yang dah jalan dulu..sebab diorang tu lambat.
bercakap je banyak.
tapi dalam hati dah lega.
so..dah turun tu...kene tunggu semua peserta finish kan aktiviti tu..
agak lama..jadi..kami pon tersadai la diatas jalan raya pukul 5 pagi.
penat nyer x yah cakap.
then selepas tu..kitaorg sembahyang ramai ramai di tepi pantai..
waaaa..sgt sejuk..hanya alas muka guna paper je tau..lain nyer kaki tu cecah pasir pantai.
best kan.
then masa kuliah subuh tu..yang perempuan nye macam mayat bergelimpangan..
sebab nyer..ngantok doh.kira satu hari x tido.sape tahan kan.

selepas tu..dah siang kan..kitaorg kene panjat bukit tu lagi sekali..mak aih..
dua kali panjat bukit dalam masa satu hari..kau mampu.?
penat tu mmg la..tpi teruskan jugak.
tapi for the second time ni..muka mak ni sgt pucat..
sebab nyer..daki guna tangga..saya sgt kalah kalau daki bukit ada tangga2 ni..cramp kaki.
tpi berjaya juga..:)
bila balik tu..get ready untuk upacara penutup.
then hbis tu balik kem naik bus n bersiap siap untuk pulang ke bangi.
nak tahu x perjalanan ambil masa 12 jam..
woooo..bertolak pukul 2 ptg sampai nyer 2 pagi esk.
tapi apa nak buat..bila badan dah terlalu penat,,tidor lagi banyak la dalam bas tu..
so..tgk gmbar je la..tpi gmbar x bnyk sgt.sebab x bwk camera.:(
so tgk je la ape yg ada.

ni teman sekumpulan..1 malaysia kan.
nama kump :Tok janggut.
*mengaplikasikan tempat bachok tu kan.

bendera kumpulan lain di tepi pantai.

bebudak laki ni gile main futsal tepi pantai guna kelapa.=,="

i main tanam tanam tangan..tu ilyani.dia malu nak pndg camera.:)heheh

ni kawan rapat sy di kem.

ni muka penat..nmpak x monyok je.?

ni kuih yg paling comel kat sini.i loike.!!

ni la bebudak UKM..ramai sebenarnyer..


ni muka x mandi sehari..bukan i sorang ea.semua orang..
ni jugak muka x tido..dan muka panjat bukit 2 kali.
*nmpak x eye bag tu sgt besar..aduhhh..

lastly..dapat la sijil..dan elaun RM60.
tpi elaun nyer dah hbis hari keesokan nyer..hahahah


maaf.

maaf itu subjektif..
sebenarnye semua orang boleh cakap perkataan ni..
tapi yang membezakan nye ialah..
samaada ianya ikhlas dari hati atau pun hanya ungkapan pura-pura seseorang.
kalau dianya ikhlas untuk meminta maaf dari kita..
apa salah nya kita juga ikhlas untuk meminta maaf dari nya.
kan lebih mudah dan menyenangkan hati.
kalau dianya pura pura sekalipun..biarkan saja..

ada sesetengah orang yang sangat mudah untuk menyebut maaf.
mungkin bagi dirinya..
maaf itu dapat melembutkan hati sesiapa sahaja yang mungkin sedang marah.
bagi mereka yang tergolong dalam kategori ini.
dirinya sangat mudah untuk dimaafi.
ada juga yang susah untuk mengungkap perkataan maaf.
ye la..mungkin did rasa kalau sebut maaf tu.
macam kalah ataupun loser..
hello.lgi loser if kita x sebut la.
so..dibulan yang mulia ni..apa salah nya kalau kita memohon maaf sesama sendiri kan.
lebih berkat pahala yang akan kita dapat tu.

*saya baru sahaja memaafkan seseorang dan saya pon dimaafkan..itu kan lebih elok.:)


ramadhan di rumah.

August 4, 2011

Assalammualaikum.
*acececec..bagi salam pulak..jawab tau.
masih belum terlambat..
untuk ucapkan 
Salam Ramadhan..
semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelum ini.
selalu nyer..bulan puasa ni.
semua benda kena puasa..
ye laa.bukan takat puasa dengan x makan je..
kena puasa mulut..means x bole la berkata2 lancar sgt mcm bulan sebelumnyer kan.
puasa mata..jangan pandang benda bukan bukan la.
puasa telinga..jangan la dok join dengar benda bukan bukan kan.
puasa tangan juga..
serba serbi la kena puasa..

berbalik kepada tajuk entry ni,
puasa pada tahun ni sangat la super duper seronok.
sebab nyer..
puasa dirumah..
memang la agak KLISE disini.
ini bagi kami yang bergelar student.
sebab nyer..sebelum sebelum ni..
bila tiba bulan puasa je, kami akan berpuasa di kolej masing masing kan.
so,,agak sayu di hati ni bila tiba time buka puasa..

jadi, sepanjang bulan puasa ni..
saya akan berbuka bersama keluarga tercinta..<3
kalau sebelum sebelum ini,yang berbuka hanyalah ibu, ayah dan adik je..
sebab nyer along n angah nyer buka di kolej kan.
tapi tahun ni..semua ada dirumah.
ye la.
saya kan masih cuti semester lagi.
along pula dah habis belajar tapi bakal sambung selepas raya nanti.
jadi,,berkesempatan la kami ni berbuka macam zaman dulu dulu.
zaman kami di sekolah..
setiap kali nak berbuka je..
mesti dengar ibu panggil..
"along n uby..nak buka dah.."
then duduk la sama sama..beria ia tunggu time azan kan.
dan makanan pon best best jugak.
tapi disebab kan tahun ni ibu dah bekerja..
saya yang cuti ni kerjanyer duduk rumah saje.
ye la kerja tu x nak datang dekat saya..
jadi nyer..saya di suruh menjadi suri rumah tak bertangga ye..
kerja saya ialah masak nasi dan lauk yang simple mimple yang mungkin.
masak air..kemas rumah n angkat baju.
sebab nyer bile ibu balik nanti..tak de lah ibu penat sangat kan..
baik kan saya..
bole jadi suri rumah dah..alalllalalla...berangan nyer.
bulan puasa ni..behave sikit..kurang pahala nanti.:)

bermain main di kepala:
*kalau berangan bole kan..?

bermain di hati:
*semakin meminati si Player 21: AHZ<3

bermain di perut:
*nak makan char kuey tiau n air soya beans sejuk.


July 25, 2011

sakit hati..
tu la perasaan yang ada sekarang ni.
serious..
macam mana x sakit hati la gilee..
kalau dah wall kau kat facebook tu penuh dengan girl tu ape gileee..
then aku im kau buat bodo je.
time tu la nak out wat so ever..
fine..
jgn tny kenapa kalau aku x cari kau lagi.

*sakit hati tu boleh makan diri sendiri kan.

kursus Induksi Jaksa.

July 21, 2011

Kursus Induksi Jaksa Kolej Kediaman UKM.
tempat : Samudera Bidara Resort, Tanjung Bidara,Melaka.
Tarikh: 1-3 Julai 2011


kursus ini diadakan untuk jaksa kolej kediaman.
mesti nak tau jaksa tu ape kan.
jaksa= Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i 
setiap kolej akan ada jaksa masing2 mengikut portfolio yang diberikan.
nak pegang jawatan ni bukan senang.
susah dan memerlukan komitmen yang tinggi.

jadi,sepanjang kursus ini, semua jaksa terlibat.
so,boleh la kenal kenal dgn jaksa jaksa kolej lain kan.
kot kot nak joinventure dgn mereka ke untuk program.
banyak aktiviti menarik.
nak tgk.
jom tgk jadual kitaorg.


ni jadual kitaorg.
biasa la..kalau pergi kursus n kem ke.
mesti ada pembahagian kumpulan kan.
so..pembahagian kumpulan nyer mengikut kertas yang diberi.
dekat kertas tu ada la perkataan dan kita dikehendaki mencari kumpulan mengikut perkataan itu.
akhir sekali..akan ada kumpulan yang dibentuk.
nama kumpulan kami ialah..SERI MENANTI.
sebab ape ye seri menanti.
haaa..sebab perkataan di setiap kertas untuk ahli kump kami ialah tempat.

dalam setiap LDK tu..biasa la.kene icebreaking sume..bincangkan aktiviti berimpak tinggi la.
tapi yang best tentang kem ni.
setiap kumpulan tu ada kewangan sendiri.
so..if ada buat mistake.
comfirm la kene bayarkan.
hahahah..so ahli kumpulan tu beria ia la x nak duit kump tu ditolak 
sebab kena bayar gara gara bendera hilang la,dtg lambat la.mcm2 tau.
sebab fasi sangat gila gila untuk mengenakan kitaorang semua.
hahahah..klakar jugak bila teringat balik.

ini ialah salah satu aktiviti favourite sy.
iaitu..kembara malam.
gabung dua kumpulan untuk membentuk satu kumpulan yg besar.
dan setiap kumpulan akan dibekalkan dgn duit.
duit itu digunakan untuk beli segala perkakas untuk masak.
untuk beli meggi ,milo dan juga bom.
sebab apa ea perlu semua tu
sebab nyer..setiap kumpulan ada cikgu,assistant cikgu.
kitaorg perlu menjaga cikgu ini dripada diculik.sebab nyer kalau diculik
.kita kene tebus dan duit pon kurang la kan.
then akan ada part kita diserang oleh gerilla yang jahat pada malam tu.
diorang akan baling bom dekat kita dan sape yang kene bom tu kene bayar lagi.
haaisshh..sume berkaitan dgn duit.
then malam tu berlaku la kembara malam tu.
sgt seronok.
oo..lupa nak bgthu..misi kembara malam ni..
kene cari beg bertanda X.
dan sape yang menang akan dikira juara.

kursus ini sgt best..banyak input untuk kami yang baru baru ni untuk tahu mcm2 benda.
dan banyak jugak kwn2 baru kan.
tgk gmbar la untuk tahu apa yang kitaorg lalui.